Latest Entries »

Satu sesi muzakarah Pegawai Daerah Temburong bersama dengan ahli jawatankuasa Majlis Perundingan Kampung Labu Estate dan Biro Wanita MPK Labu Estate telah diadakan pada 28 Disember 2009 bertempat di Balairaya Kampung Labu Estate. Turut hadir semasa sesi muzakarah tersebut ialah beberapa orang pegawai dan kakitangan Jabatan Daerah Temburong.

Di dalam sesi muzakarah tersebut, Pegawai Daerah telah memberikan penerangan lanjut mengenai dengan konsep “Satu Kampung Satu Produk” yang pada masa ini sedang giat dilaksanakan oleh semua Majlis Perundingan Kampung di Daerah ini. Biro wanita MPK Labu Estate juga telah menyuarakan beberapa cadangan produk yang akan dilaksanakan sebagai tambahan daripada produk yang telah ada.

Dengan adanya cadangan-cadangan produk tersebut, diharapkan ianya akan dapat membantu dalam membangun Kampung Labu Estate dari aspek perekonomian kampung dan juga dalam meningkatkan lagi keupayaan kampung Labu Estate dalam sama-sama merealisasikan “Satu Kampung Satu Produk”.

TERNAKAN AYAM KAMPONG

Projek ternakan kambing yang telah diusahakan oleh MPK Kg.Labu Estate mengalami masalah jangkitan penyakit yang tidak boleh ditangani oleh Jabatan yang terbabit khursus Jabatan Pertanian. Maka MPK Kg.Labu Estate beralih kepada usaha penternakkan ayam kampong yang telah di mulakan dalam bulan September sehingga sekarang dengan menggunakan tapak yang sama.

Buat pada masa ini jumlah ayam kampong yang di ternak adalah sebanyak lebih kurang 40 ekor, Dari jenis ayam sigon dan ayam kampong biasa.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.